Jangan undi katak politik, kata Abdul Karim


KUCHING— Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menitipkan pesan kepada pengundi di Sarawak agar bijak memilih dalam Pilihan Raya Umum  (PRU) akan datang.


Katanya, rakyat tidak harus memberikan undi kepada ahli politik yang tidak berprinsip dan gemar mengamalkan budaya keluar parti.


“Jangan memilih ahli politik seumpama ini jika mereka bertanding lagi. Kemungkinan calon tersebut telah dibayar untuk untuk melompat parti di sana-sini.


"Kalau ikutkan hati saya, kita tidak perlu Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti. Sepatutnya seorang wakil rakyat itu mempunyai prinsip,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Detik 50 Hari Menjelang Sukma XX, Majlis Sukan Negara (MSN) 2022 dan Pelancaran Program "Our Star Our Pride" di Tebingan Kuching, di sini semalam.


Abdul Karim mengulas RUU tersebut yang telah diluluskan Parlimen pada Khamis.


Beliau berharap, RUU ini akan menyedarkan ahli politik tersebut untuk menghentikan amalan lompat parti untuk kepentingan sendiri.

Next Post Previous Post