Dua beranak terkedu kereta terbakar

Mangsa di hadapan kereta Proton Saga miliknya yang terbakar semasa parkir di hadapan sebuah bank di sini petang semalam. Gambar kredit KPB Siburan 


SIBURAN— Dua beranak terselamat selepas sempat keluar dari kereta Proton Saga lama mereka yang terbakar di kawasan parkir di hadapan sebuah bank di sini petang semalam.


Dalam kejadian sekitar 6.51 petang itu, kedua-dua mangsa tidak cedera.


Jurucakap Ketua Polis Balai (KPB) Siburan berkata, mangsa memarkir kereta di situ dalam keadaan baik untuk ke bank.


“Apabila balik semula ke kereta, mangsa memberitahu terhidu bau hangit.


Kedua-dua mangsa kemudian terus keluar dari kereta dan tiba tiba api mula marak dari enjin kereta,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Terdahulu, seramai dua anggota polis dikerahkan ke lokasi sebaik dimaklumkan mengenai kebakaran itu.


Setiba di lokasi, sepasukan bomba sedang memadamkan kebakaran yang dipercayai bermula dari bahagian enjin kereta tersebut.


Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 7.20 petang.


Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba. 

Next Post Previous Post