'Geng Wan Kurus' tumpas


KUCHING--Polis berjaya menyelesaikan kes kecurian motosikal dan kereta di sekitar kawasan Kuching dan Padawan dengan tumpasnya 'Geng Wan Kurus'.


Pesuruhjaya Polis Sarawak,Dato Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, pasukan khas Ops Lejang Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Kuching diketuai Inspektor Zulsafri dan tujuh anggota telah membuat serbuan di kawasan Sungai Maong pada 27 Jun lalu.




Menurutnya, dalam serbuan itu lima lelaki warga tempatan berusia 36 hingga 40 tahun berjaya ditangkap manakala tujuh motosikal dan tiga buah kereta curi dirampas.




"Dengan tertumpasnya kumpulan ini pihak polis berjaya menyelesaikan 15 kes Curi motosikal dan tiga kes curi kereta,"katanya dalam kenyataan hari ini.




Katanya, Geng Wan Kurus' aktif sejak November 2021 dengan dianggotai sembilan individu termasuk warga asing.


"Modus operandi mereka mensasarkan motosikal jenis Yamaha dan kereta Proton Wira di sekitar Kuching dan Padawan yang mendapat permintaan tinggi di negara jiran," ujarnya.




Beliau berkata, mereka menggunakan alat pemutar skru bentuk T dan satu master key serta beberapa alat perkakasan lain untuk melakukan kegiatan mencuri.




"Jumlah kerugian yang dialami sebanyak RM 150,000, kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan," tegasnya.

Next Post Previous Post