-->

Notification

×

Iklan

Iklan

FAM lepaskan Maloney menerusi persetujuan bersama

| Julai 13, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-07-13T11:19:04Z
Gambar kredit FAM

KUALA LUMPUR—Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mencapai kata putus bagi melepaskan khidmat Ketua Jurulatih Bawah 23 Tahun (B-23), Brad Maloney secara persetujuan bersama kedua-dua pihak.


Setiausaha Agung FAM Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata persetujuan terbabit dicapai selepas Maloney hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan dipengerusikan Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin hari ini.


Terdahulu, Hamidin membentangkan laporan prestasi pasukan dikendali Maloney pada Sukan SEA 2021 di Vietnam pada Mei lalu dan Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan pada Jun lepas, di Wisma FAM.


"Selamat maju jaya kepada Maloney dalam meneruskan karier kejurulatihannya selepas ini.


Jasa dan sumbangan beliau sepanjang lapan tahun bersama FAM ini akan sentiasa dikenang. Terima kasih," katanya menerusi kenyataan dikeluarkan FAM.


Pengendali dari Australia itu dalam masa sama merakamkan ucapan terima kasih kepada FAM kerana memberi peluang beliau berkhidmat sejak 2014.


Maloney, 50, bermula sebagai Penolong Jurulatih B-23 Kebangsaan kepada Datuk Ong Kim Swee sehinggalah dilantik sebagai Ketua Jurulatih B-19 Kebangsaan pada 2019 dan seterusnya Ketua Jurulatih B-23 Kebangsaan.


-- BERNAMA

×
Berita Terbaru Update