-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Dua hilang, perahu karam di Pelagus

| Julai 30, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-07-31T00:19:06Z

SIBU-- Dua lelaki hilang apabila perahu yang dinaiki karam semasa melintasi salah satu jeram di kawasan Pelagus, Batang Rajang, Kapit dekat sini, semasa dalam perjalanan untuk menjala ikan, petang semalam.


Ketua Bomba Zon 4 Sibu Janggan Muling berkata panggilan kecemasan kejadian yang melibatkan Ngalang Demong, 73, dan Richelles Seli Lasu, 21, itu diterima pihak Ibu Pejabat Polis Kapit, jam 11.35 pagi hari ini.



Beliau berkata menurut saksi, kejadian tersebut berlaku semasa saksi bersama datuknya Ngalang Demong dan bapa saudara Richelles Seli Lasu dalam perjalanan menjala ikan dari rumah panjang di Nanga Pelagus, Kapit.


 

“Sebelum melintasi salah satu jeram di kawasan Pelagus , saksi diminta turun dari perahu dan berjalan kaki mengikut laluan pejalan kaki di tebing sungai. Manakala datuk dan bapa saudaranya bergerak menggunakan perahu.


“Semasa melintasi jeram tersebut, saksi melihat perahu yang dinaiki mereka karam dan kedua-dua mangsa hilang,” katanya dalam kenyataan petang hari ini dan menambah, gerakan awal mencari dan menyelamat oleh penduduk kampung telah dilakukan bagaimanapun kedua-dua mangsa masih belum dijumpai.



Beliau berkata, pasukan penyelamat terdiri daripada bomba, polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia digerakan menggunakan bot bomba dari Pangkalan Kubo, Kapit ke lokasi kejadian yang memakan masa dua jam melalui sungai. 


Katanya, sehingga jam 3.30 petang ini operasi mencari dan menyelamat masih lagi dijalankan.


-- BERNAMA

×
Berita Terbaru Update