-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Brazil gesa Whatsapp tangguh pelancaran "komuniti" sehingga pilihan raya

| Julai 30, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-07-30T03:27:25Z
Gambar kredit Dima Solomin via unsplash

LONDON—Pihak berkuasa Brazil menggesa platform WhatsApp untuk menangguhkan pelancaran ciri terbarunya "Komuniti" sehingga pilihan raya diadakan pada Oktober.


Ciri baharu itu membolehkan pengguna menghantar pesanan dan berkomunikasi kepada 2,560 orang secara serentak.


Menurut pendakwa raya Sao Paulo ciri itu akan menggalakkan penyebaran berita palsu semasa pilihan raya, lapor Agensi Anadolu memetik sumber Globo.


“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat peningkatan penyebaran atau aliran maklumat salah mengenai institusi demokrasi Brazil, terutamanya mengenai sistem pengundian yang digunakan di negara ini,” menurut pendakwa raya itu.


Laman sesawang Poder360 melaporkan: “dengan potensi lebih ramai pengguna boleh berkongsi kandungan dengan cepat, pihak pendakwa raya bimbang ia boleh meningkatkan aliran maklumat yang salah, mempersoalkan institusi dan integriti sistem pengundian Brazil dan meletakkan kestabilan demokrasi negara berada dalam kedudukan berisiko." 


Aplikasi WhatsApp popular dalam kalangan penyokong Presiden Jair Bolsonaro yang telah menggunakan platform itu untuk menggerakkan kempen dan menyampaikan mesej.


Bolsonaro sedang berkempen untuk pemilihan semula pada Oktober, walaupun tinjauan menunjukkan beliau ketinggalan di belakang bekas Presiden Luiz Inacio Lula da Silva dan pakar melabelkan pilihan raya kali ini sebagai paling “polarised” dalam tempoh beberapa dekad.


Pada April, WhatsApp telah menangguhkan pelancaran ciri baharu itu sehingga selepas pusingan kedua yang dijangka pada akhir Oktober.


Platform itu berkata pihaknya masih meneliti masa yang sesuai untuk melancarkan ciri baharu itu. 


Di Brazil, kira-kira 99 peratus telefon pintar menggunakan platform pemesejan, menurut pihak berkuasa.


-- BERNAMA

×
Berita Terbaru Update