Bomba selamatkan kanak-kanak terkunci dalam kereta
![]() |
Gambar kredit Bomba Miri |
MIRI -- Seorang kanak-kanak perempuan berusia satu tahun berjaya diselamatkan selepas terperangkap dalam sebuah kereta keluarganya di sebuah rumah di Jalan Perisai, Taman Jelita, Taman Tunku, hari ini.
Pemangku Zon 6 Bomba Miri Ahmad Nizam Sapaiee berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.40 petang sebelum tujuh anggota dikerjarkan ke lokasi.
Anggota bertindak menggunakan peralatan khas bagi membuka kunci pintu kenderaan tersebut.
Mangsa selamat dan diserahkan kepada pihak keluarga untuk tindakan selanjutnya.
Ketika kejadian kereta berada di dalam kawasan parkir rumah berkenaan.
Operasi menyelamat selesai kurang 30 minit.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.