Warga emas parah, van bertembung 4WD
![]() |
Keadaan kemalangan yang berlaku di lampu trafik berhadapan Bintang Megamall pagi tadi. Gambar kredit Bomba |
Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu sekitar jam 7 pagi dan mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Miri ke lokasi.
"Sampai dilokasi kejadian, kemalangan melibatkan sebuah van dan 4WD yang bertembung dilampu isyarat hadapan Bintang Megamall.
"Terdapat seorang mangsa lelaki cedera parah iaitu pemandu van berusia 74 tahun dan diberi rawatan awal oleh anggota EMRS," katanya dalam kenyataan hari ini.
Manakala tiga orang lagi mangsa, kesemua wanita yang menaiki 4WD cedera ringan.
Tambahnya, pasukan operasi dan unit EMRS membuat pemantauan serta memberi rawatan awal pada mangsa sebelum menyerahkan keempat-empat mangsa kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Kesemua mangsa kemudiannya dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Pasukan bomba seterusnya membuat kerja pembersihan kawasan tumpahan minyak akibat insiden berkenaan.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.