Wanita warga emas maut dalam kebakaran


MELAKA— Seorang wanita warga emas maut selepas terperangkap dalam kebakaran di bangunan rumah kedai dua tingkat di Jonker Walk, di sini malam tadi.


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka berkata dalam kejadian pada 9.37 malam itu, mangsa, Koo Kim Foong, 75, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di tingkat atas premis itu oleh anggota bomba serta didapati melecur antara 60 dan 70 peratus di bahagian badan.


“Mangsa (Koo) yang tinggal di premis itu disahkan meninggal dunia selepas pemeriksaan oleh pegawai perubatan. Kebakaran melibatkan dua pintu bangunan rumah kedai jenis sementara dan hampir 80 peratus bangunan tersebut musnah dijilat api," katanya ketika dihubungi hari ini.


Beliau berkata dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Melaka Tengah dan Padang Temu bersama 23 pegawai serta anggota digegaskan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.


Katanya kebakaran berjaya dikawal dalam tempoh 20 minit manakala punca kejadian dan jumlah kerugian sedang disiasat.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.