Tahan sakit 45 Minit, tangan tersepit Pada bush kereta

Gambar BBP Bintulu

BINTULU—Seorang pemuda terpaksa menahan azab selama 45 minit selepas tangan kanannya tersepit bush kereta, pagi tadi.


Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintuiu berkata, pasukannya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 10.12 pagi lalu mengarahkan BBP BINTULU membantu  mangsa berkenaan memotong serta mengeluarkan tangannya yang tersepit di celah-celah bush itu.


Gambar BBP Bintulu


"Pasukan bomba menggunakan alat pemotong khas bagi memotong komponen kereta yang terlekat itu yang mana berjaya dikeluarkan dari tangan mangsa pada jam  11.02 pagi," ujarnya.


Mujurlah katanya tangan mangsa yang tersepit dapat dikeluarkan dari bush terbabit tanpa mengalami kecederaan yang lebih serius.

Next Post Previous Post