Suri rumah rugi RM1,920, ditipu urusan beli kereta

Gambar hiasan kredit unsplash

SIBU-- Seorang suri rumah, di sini,  kerugian RM1,920 selepas menjadi mangsa penipuan individu tidak dikenali menerusi Facebook dalam urusan pembelian kereta.


Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata,pada 24 April lalu mangsa wanita berusia 27 tahun itu tertarik  dengan satu iklan jualan kereta.


"Mangsa berminat membeli sebuah kereta Perodua Axia berharga RM24,000 dan berhubung dengan suspek bagi urusan jual beli," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, mangsa telah diminta memasukan deposit bagi tempahan kereta itu mulai 28 April hingga 15 Jun lalu melalui transaksi bank atas nama beberapa individu.


"Bagaimanapun, selepas pembayaran deposit selesai dibuat panggilan mangsa telah disekat," ujarnya.


Laporan berhubung kes itu dibuat di Balai Polis Sungai Merah dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Next Post Previous Post