Suami ditahan pukul, rosakkan harta benda isteri

Gambar hiasan

MIRI—Seorang lelaki telah ditahan polis semalam selepas disyaki melakukan khianat dan mencederakan isterinya di hadapan sebuah kedai di Jalan Miri-Bintulu pada Isnin.


Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu yang mengesahkan tangkapan tersebut berkata, suspek berusia 50-an itu ditahan susulan menerima laporan daripada mangsa.


"Suspek disyaki mencederakan dan merosakkan harta benda milik pengadu dan kini ditahan lokap Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut," ujarnya.

 

Sementara itu pihak Polis turut menasihati orang awam supaya tidak mengambil tindakan di luar batasan atau menyalahi undang-undang untuk menyelesaikan masalah rumah tangga secara baik agar keselamatan dan kesejahteraan bersama dapat dijaga. 

Next Post Previous Post