APM tangkap ular tepi pasu

Anggota APM menangkap ular berhampiran pasu bunga di sebuah rumah. Gambar kredit APM

MIRI—Disangka rumput kering, rupa-rupanya ular yang melingkar di sebalik pasu bunga sebuah rumah di Grand Park awal pagi tadi.


Terkejut, seorang lelaki berusia 52 tahun  yang ketika itu sedang mencabut rumput berhampiran reptilia tersebut telah segera menghubungi pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) Miri.



Menurut pegawai APM Miri Kapten(PA) Usman Harto, lelaki tersebut sedang mencabut rumput berdekatan pasu bunga rumahnya apabila terlihat ular jenis 'Banded Malayan Coral Snake' sepanjang satu meter itu sedang 'berehat'.



"Seramai lima anggota APM Miri telah digerakkan ke lokasi sebaik sahaja dimaklumkan mengenai penemuan itu sekitar jam 8.38 pagi tadi," ujarnya.


Katanya, reptilia itu telah berjaya ditangkap kurang 15 minit dan dilepaskan ke habitat asalnya.

Next Post Previous Post