Suami ditahan cekik, cederakan isteri

Suspek dibawa ke lokop Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut. Gambar kredit Polis Miri 

MIRI—Perbuatan seorang lelaki menumbuk, mencekik dan menendang isterinya berusia 22 tahun pada hari pertama sambutan perayaan Hari Gawai membawa padah apabila dia ditahan pihak polis untuk tindakan lanjut.


Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah rumah panjang di Sungai Tiris, Bekenu sekitar jam 6 petang Rabu.


Dalam kejadian, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian badan dan kepala.


Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, suspek berusia 26 telah ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)IPD Miri susulan menerima laporan daripada mangsa.


Suspek telah dibawa dan ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.


Kes disiasat dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.