-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Sarang lebah di bangunan polis, bomba datang tolong musnahkan..

| Jun 09, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-06-09T04:10:46Z
Anggota bomba dari BBP Betong memusnahkan sarang lebah di salah sebuah bangunan IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU— Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong bertindak memusnahkan sarang lebah di bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu, di sini malam tadi.


Komander Operasi, PBKII Edwin Jonani berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pihak IPD sekitar jam 8.15 malam berhubung sarang lebah di Blok A, flat kediaman tingkat 8, tingkat 12 dan tingkat 13.



“Bimbang keselamatan, pengadu meminta pihak bomba menghapuskan sarang lebah itu.


"Pasukan Bomba lengkap PPE memusnahkan sarang lebah tersebut dengan menggunakan racun serangga jenis Ridsect," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya,selesai operasi dan keadaan didapati selamat, pasukan bomba bertolak balik ke balai.

×
Berita Terbaru Update