Kereta terbakar selepas setengah jam diparkir

Pasukan bomba sedang berusaha memadam kebakaran yang memusnahkan bahagian hadapan sebuah kereta yang diparkirkan di kawasan Commerce Square malam tadi. Gambar JBPM Bintulu


BINTULU—Seorang lelaki terselamat dari mati terbakar selepas kereta yang dipandunya tiba-tiba terbakar selepas setengah jam diparkirkan di tempat letak kenderaan di Commerce Square pada jam 8 malam tadi.


Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu, Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, sepasukan anggota bomba dari BBP Bintulu bergerak ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 8.19 malam.



"Sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati api sedang marak memusnahkan bahagian hadapan kereta jenis Nissan Teanna milik lelaki berkenaan," ujarnya.


Pasukan bomba kemudiannya bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan dua aliran salur bantu mula yang mana sumber air diperoleh dari jentera bomba sehingga api berjaya dipadam sepenuhnya.



Mujurlah katanya kebakaran yang berlaku tidak mendatangkan kecederaan atau kemalangan jiwa.


Dua anggota PDRM antara yang berada di lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan berhubung insiden yang berlaku.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.