Notification

×

Iklan

Iklan

RUU larangan tukar parti: Jemaah menteri bangkit dua perkara

| Jun 02, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-06-02T04:29:09Z
Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

PUTRAJAYA— Jemaah Menteri membangkitkan dua perkara berhubung Rang Undang-undang (RUU) Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti agar diperincikan dan diperhalusi semula oleh Jawatankuasa Pilihan Khas selepas dibentangkan pada mesyuarat Kabinet semalam.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun telah memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri berkaitan pindaan perlembagaan itu dan Jemaah Menteri tiada bantahan terhadap draf yang dicadangkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.


"Walau bagaimanapun, Jemaah Menteri membangkitkan dua perkara agar diperincikan dan diperhalusi semula oleh Jawatankuasa Pilihan Khas," kata Wan Junaidi dalam satu kenyataan hari ini, tanpa mendedahkan butiran mengenai perkara yang dibangkitkan.


Menurutnya, mengikut Peraturan 85 Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, maklumat berhubung Jawatankuasa Pilihan Khas tidak boleh didedahkan kepada umum kerana ia masih dalam perbincangan di peringkat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.


Memaklumkan bahawa RUU itu secara keseluruhannya diambil maklum oleh Kabinet, Wan Junaidi berkata persoalan yang dibangkitkan Jemaah Menteri akan dibawa kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen pada 7 Jun ini (2022) untuk diteliti, seterusnya memuktamatkan RUU tersebut.


Dilaporkan sebelum ini RUU Larangan Bertukar Parti dijangka dibentangkan seawal pertengahan Julai iaitu ketika Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat Penggal Kelima bermula 18 Julai. 


Jika RUU itu dapat dibentang dan diluluskan pada sidang tersebut, ia boleh diwartakan seawal Januari tahun depan.


-- BERNAMA

×
Berita Terbaru Update