-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Richworks kongsi kepakaran bimbing wirausahawan Indonesia

| Jun 03, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-06-03T04:23:01Z
Datuk Wira Dr Azizan Osman berswafoto bersama Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Sandiaga Uno ketika mengadakan perbincangan untuk berkongsi kepakaran membimbing lebih 30 juta Wirausahawan di Indonesia. Gambar kredit FB Azizan Osman

JAKARTA—RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks) mengorak langkah ke depan dalam melihat kolaborasi bersama Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia untuk membantu lebih 30 juta Wirausahawan di sana.


Pengasasnya dan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman berkata, perbincangan tersebut diadakan bersama Menterinya, Sandiaga Uno dilihat berjalan dengan lancar di ibu negara Indonesia, Jakarta pada 2 Jun 2022.


"Alhamdulillah, pertemuan yang cukup bermakna meskipun waktu padat disebabkan esok program RichWorks sudah pun bermula yang bakal dihadiri sekitar 10,000 bangsa usahawan di Setia City Convention Centre (SCCC).


"Mudah-mudahan usaha kami ini, dapat berhasil untuk membantu mengurangkan kadar kemiskinan dan meningkatkan taraf ekonomi masyarakat keseluruhannya di Indonesia," katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi. 


Turut hadir Pengarah Eksekutif RichWorks, Hasnita Ahmad; Ketua Pegawai Perniagaan, Radz Mohd; Timbalan Ekonomi Digital dan Produk Kreatif, Muhammad Neil El Himam dan Pemangku Timbalan Pengurusan Strategi Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Dr. Frans Teguh.


Program 10x Bina Bisnes Berjaya: Bangkit Bisnes Dari Krisis yang ditaja RichWorks sepenuhnya akan mulakan pendaftaran esok dan berlangsung pada Sabtu & Ahad ini.


Tambah Azizan, RichWorks sejak 2008 telah melatih dan bimbing sekitar 1.5 juta bangsa usahawan hingga melahirkan banyak testimoni kejayaan dan transformasi bisnes termasuk melahirkan usahawan jutawan.


"Anak didik kami bukan saja dalam negara, malah ada saja dari negara jiran, Indonesia, Singapura dan Brunei.


"Bahkan pada tahun lalu saja, dalam program ‘mentoring’ kami menghasilkan jualan keseluruhan sebanyak RM3.7 bilion meskipun semasa pandemik," jelasnya.


Dalam pada itu, Radz memberitahu, langkah itu merupakan salah satu perancangan RichWorks dalam memperluaskan khidmat kepada lebih ramai bangsa usahawan bukan saja di dalam negara.


"Aspirasi dan perjuangan RichWorks selari dengan Azizan untuk membantu dan melihat kebangkitan usahawan terutama beragama Islam lebih berdaya saing, maju dan lestari di seluruh dunia khususnya di rantau Asia dengan keadaan yang penuh mencabar ini," jelasnya.


TENTANG RICHWORKS


Richworks International Sdn Bhd merupakan syarikat latihan dan bimbingan keusahawanan terbesar di Malaysia yang holistik terutama dalam bidang penjenamaan & pemasaran, kepimpinan dan kewangan.


Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online). Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.


Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.


--BERNAMA

×
Berita Terbaru Update