-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Polis siasat tular kematian guru di Miri

| Jun 30, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-06-30T05:51:04Z
Polis sudah membuka kertas siasatan kematian mengejut seorang guru di Miri pada 21 Jun di Hospital Miri. Gambar arkib

MIRI— Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung kes kematian seorang guru lelaki warga tempatan di sini pada 21 Jun lalu.


Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga  Chabu berkata, satu kertas siasatan mati mengejut telah dibuka bagi mengenalpasti punca kematian.


"Pihak polis telah menerima laporan mengenai seorang guru lelaki berumur lingkungan 38 tahun berbangsa Cina yang telah meninggal dunia di Hospital Miri pada 21 Jun yang lalu.


Sehubungan itu, pihak polis memohon semua pihak tidak membuat spekulasi memandangkan kes ini masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.


Alexson menambah, sebarang spekulasi terutama melalui media sosial harus dihentikan kerana ia akan mengganggu siasatan.


Individu yang mempunyai sebarang maklumat lanjut berkaitan insiden ini diminta untuk tampil ke balai polis yang berdekatan untuk membantu siasatan atau menghubungi Ketua Polis Balai iaitu Inspektor Nixon Malang di talian 085-433730 untuk menyalurkan maklumat berkaitan.

×
Berita Terbaru Update