Anak kucing terperangkap atas bumbung diselamatkan
![]() |
Kelihatan seekor anak kucing yang terperangkap di atas bumbung berjaya diselamatkan. Gambar kredit APM Miri |
MIRI—Bunyi suara kucing dari atas bumbung di kediamannya di Lorong Jati 8, Senadin telah menyedarkan seorang wanita dari tidur sebelum bertindak menyelamatkannya, pagi tadi.
Bimbang dengan keselamatan anak kucing berkenaan, maka beliau yang berusia 49 tahun bertindak menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Miri pada jam 8 pagi bagi menjalankan khidmat khas mengelamatkan anak kucing berkenaan.
Agensi Pertahanan Awam (APM) Miri dalam kenyataannya hari ini berkata, seramai 4 anggota Skuad Alpha bergerak ke lokasi kediaman wanita terbabit bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat.
"Skuad Alpha kemudiannya bertindak memanjat bumbung kediaman terbabit dengan menggunakan tangga dan sampai di atas, sememangnya terdapat seekor anak kucing yang terperangkap atas bumbung kediaman dan tidak dapat turun ke bawah.
Sejurus berjaya diturunkan, anak kucing itu kemudiannya dibawa Skuad Alpha ke PKOD Miri untuk tindakan lanjut.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.