PM ucap tahniah kejayaan Pandelela raih pingat gangsa

Gambar FB Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR— Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan syabas dan tahniah kepada ratu terjun negara  Datuk Pandelela Rinong Pamg atas kejayaan memenangi pingat gangsa bagi acara 10 meter (m) platform wanita di Kejohanan Dunia 2022 di Budapest, Hungary hari ini. 


Perdana Menteri menerusi catatan di Facebook berharap kejayaan yang diraih Pandelela akan menjadi pendorong kepada mereka yang akan beraksi dalam acara-acara seterusnya. 


“Saya doakan beliau meraih pingat seterusnya semasa acara 10m platform seirama wanita bersama gandingannya Nur Dhabitah Sabri, Khamis ini,” kata Perdana Menteri. 


Pada aksi final yang berlangsung di Arena Duna, penerjun berusia 29 tahun itu mengumpul 338.85 mata dalam keseluruhan lima terjunan untuk memastikan kedudukan podium dalam genggamannya.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.