Penduduk Limbang, Lawas bayar lebih mahal untuk menikmati hidangan ayam


KUCHING— Penduduk Limbang dan Lawas terpaksa membayar harga lebih tinggi untuk menikmati hidangan ayam dan telur berbanding tempat lain di Sarawak.


Berdasarkan senarai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) semalam, harga siling runcit ayam standard di kedua-dua kawasan ini ialah RM12.90 sekilogram, ayam super RM13.90 sekilogram manakala telur antara 45 sen hingga 49 sen sebiji.


Berdasarkan senarai itu, harga runcit ayam standard di Kuching, Lundu, Bau, Serian, Simunjan, Samarahan, Asajaya, Sibu, Kanowit,  Selangau, Miri, Marudi, Bintulu, Tatau, Sebauh, Sarikei, Julau, Pakan, Meradong, Mukah, Dalat, Matu dan Daro ditetapkan pada RM9.80 sekilogram.


Manakala di Sri Aman, Saratok, Betong dan Lubok Antu harga siling ialah RM10.50 sekilogram; Kapit, Bukit Mabong, Song dan Belaga harga RM11.40 sekilogram.


Bagi ayam super, Kuching, Lundu, Bau, Serian, Simunjan, Samarahan, Asajaya, Sibu, Kanowit,  Selangau, Miri, Marudi, Bintulu, Tatau, Sebauh, Sarikei, Julau, Pakan, Meradong, Mukah, Dalat, Matu dan Daro ditetapkan RM10.80 sekilogram.


Manakala Sri Aman, Saratok, Betong dan Lubok Antu harga ialah RM11.50 sekilogram; Kapit, Bukit Mabong, Song dan Belaga harga ialah RM12.40 sekilogram.


Bagi ayam hidup, harga runcit antara RM6.80 hingga RM7.90 sekilogram di kebanyakan daerah manakala Limbang dan Lawas RM8.60 sekilogram.


Telur gred A peringkat runcit, berharga antara 43 sen dan 47 sen sebiji di kebanyakan daerah namun di Limbang dan Lawas 49 sen sebiji.


Harga sebiji telur di Kapit, Bukit Mabong, Song dan Belaga pula lebih mahal iaitu 50 sen sebiji.


Bagi telur gred B, harga ditetapkan antara 45 sen dan 48 sen sebiji, dan telur Gred C antara 43 sen dan 46 sen sebiji.


Semalam, KPDNHEP menetapkan harga siling runcit ayam standard di Sarawak antara RM9.80 dan RM12.90 sekilogram, manakala ayam super antara RM10.40 hingga RM13.90 sekilogram bergantung dengan lokasi, berkuat kuasa 1 Julai hingga 31 Ogos.

Next Post Previous Post