Pemuda cedera motosikal berlanggar dengan kereta

Anggota APM sedang membantu mangsa kemalangan di Jalan Salim pagi tadi. Gambar APM

SIBU—Seorang lelaki cedera setelah motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Salim di sini pagi tadi. 


Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sibu berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 7.34 pagi sebelum mengerahkan anggota ke lokasi. 



Jelasnya, dalam kemalangan itu, penunggang motosikal berusia 24 tahun berasal dari Rh Janggu, Sg Apong Bintangor luka di bahagian atas mulut dan terseliuh tangan sebelah kiri.


"Mangsa dipasangkan 'Cervical Colar' dan dialihkan ke atas pengusung dan diletakkan di atas Troli Strecher. Bagaimanapun mangsa dalam keadaan stabil," katanya dalam kenyataan hari ini. 


Tambahnya, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak hospital untuk rawatan selanjutnya.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.