Pembukaan sempadan Brunei pada 1 Ogos tertakluk keadaan semasa

Gambar arkib

BRUNEI-- Pembukaan sempadan Brunei melalui jalan darat dan laut bermula 1 Ogos tertakluk kepada keadaan semasa jangkitan COVID-19.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Brunei dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Dua, Dato Seri Setia Dr Awang Mohd Amin Liew Abdullah berkata, buat masa ini perjalanan rentas sempadan melalui pos-pos kawalan darat dan laut adalah dibenarkan bagi perjalanan-perjalanan mustahak bermula pada 15 Jun.


“Manakala perjalanan rentas sempadan melalui darat dan laut dicadang mulai 1 Ogos.


Namun ia tertakluk kepada keadaan semasa jangkitan COVID-19 di negara ini dan serantau serta kesediaan pengoperasian di pos-pos kawalan. 


"Oleh itu, perjalanan yang tidak mustahak melalui darat dan laut adalah masih tidak dibenarkan sehingga 31 Julai," katanya pada sidang media harian di Brunei hari ini.


Beliau berkata, bagi perjalanan mulai 15 Jun,  ia terhad untuk perjalanan mustahak seperti berikut: 


"Atas urusan pekerjaan, atau persekolahan  dan perjalanan ulang alik (commute) atas tujuan tersebut, perjalanan transit sahaja dan operator pengangkut yang berdaftar di dalam dan luar negara bagi tujuan penghantaran bekalan impot dan ekspot yang penting,"katanya lagi.


Katanya kebenaran bagi perjalanan mustahak tersebut perlu dimohon ke Jabatan Perdana Menteri melalui laman sesawang www.pmo.gov.bn/travelportal. 


"Walau bagaimanapun, status vaksinasi COVID-19 tidak disyaratkan bagi perjalanan-perjalanan mustahak yang dikategorikan,”katanya.

Next Post Previous Post