Dua tersepit kereta terbabas, langgar pokok

Kereta yang dipandu hilang kawalan lalu merempuh pokok di Jalan Abdul Rahman petang tadi. Gambar kredit Group Whatsapp 

KUCHING—Dua lelaki dilaporkan tersepit di dalam kenderaan selepas terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Tunku Abdul Rahman berhampiran Hospital Normah di sini, petang tadi.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba berkata, kedua-dua lelaki tersebut bagaimanapun berjaya dikeluarkan dengan selamat oleh pasukan bomba yang tiba di lokasi.


Keadaan kereta yang remuk. Gambar kredit Group Whatsapp 


Kata PGO, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.04 petang berhubung kejadian dan mengarahkan enam anggota diketuai oleh PBK II KUP Dzuriman bagi melakukan operasi penyelamatan.


“Sejurus tiba, Komander Operasi mengesahkan kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Saga lama hilang kawalan dan melanggar pokok.


“Terdapat dua lelaki tersepit di bahagian pemandu dan penumpang,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut PGO, pasukan kemudian bertindak mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan penyelamatan khas.


Kedua-dua lelaki berkenaan seterusnya diserahkan kepada pihak ambulan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut. 


“Setelah memastikan keadaan di lokasi selamat, pasukan bertolak balik ke balai dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.38 petang,” katanya.

Next Post Previous Post