Lelaki maut nahas tiga kenderaan

Gambar kredit Bomba Serian

SERIAN—Seorang lelaki maut selepas terbabit dalam satu kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Batu 29, Jalan Kuching - Serian di sini, pagi tadi.


Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan hari ini berkata, kejadian tersebut dipercayai berlaku sekitar jam 6.55 pagi.



Katanya, setibanya pasukan bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian ke lokasi, Komander Operasi mengesahkan kemalangan melibatkan tiga kenderaan iaitu Innova, Perodua Kancil dengan sebuah motosikal. 


"Terdapat seorang lelaki berusia sekitar 50 an masih berada di tempat duduk pemandu Innova yang terbabas. 


"Lelaki tempatan tersebut disahkan meninggal oleh pihak perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada ditempat kejadian," katanya.


Menurut PGO, tiga individu lain yang turut terlibat mengalami kecederaan ringan dan telah diberi rawatan awal sebelum dihantar ke hospital untuk tindakan seterusnya.


Pasukan bomba membantu mengeluarkan jasad lelaki yang meninggal dunia di dalam kenderaan dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. 


Pasukan turut melakukan kerja kerja pembersihan permukaan jalan raya akibat kemalangan sebelum berangkat balik ke balai.

Next Post Previous Post