Kerajaan Thailand pesan rakyat jangan guna ganja untuk khayal, tak buat kerja di rumah

Menteri Kesihatan Anutin Charnvirakul ketika majlis  pelancaran di timur laut wilayah Buriram, dengan 1,000 tumbuhan pertama sedang diedarkan.   Gambar kredit Thailand Public Health Ministry/Handout via REUTERS

THAILAND— “Jangan gunakan ganja ini dan duduk tersenyum di rumah tanpa melakukan apa-apa yang sepatutnya,” pesan kerajaan Thailand kepada rakyat negara itu susulan kebenaran menanam ganja di rumah.


Memetik Malaysiakini, negara itu pada Jumaat mula mengagihkan satu juta tumbuhan ganja percuma kepada rakyatnya, sehari selepas penggunaan untuk tujuan komersial tidak lagi menjadi jenayah.


“Kami tidak menggalakkan orang ramai menggunakan ganja ini untuk khayal. Ini bukan dasar kami,” kata Menteri Kesihatan Anutin Charnvirakul ketika majlis  pelancaran di timur laut wilayah Buriram, dengan 1,000 tumbuhan pertama sedang diedarkan.


Orang ramai beratur untuk mendapatkan pokok ganja percuma. Gambar kredit Thailand Public Health Ministry/Handout via REUTERS


Menurut Anutin, kerajaan mahu memadamkan stigma terhadap penggunaan ganja, terhakis seperti membuang tatu.


“Jangan biarkan stigma ini kembali. Ganja harus digunakan untuk memperbaiki kesihatan,” tegasnya.


Thailand menghalalkan ganja perubatan pada 2018 untuk kegunaan perubatan tetapi kini berhasrat untuk membangunkannya sebagai tanaman kontan tunai dan membina industri tempatan yang menguntungkan.


Pada hari Khamis, ganja telah dinyahsenarai daripada senarai narkotik negara itu, membolehkan orang ramai menanam tumbuhan tersebut jika mereka mendaftar melalui aplikasi kerajaan.


Menanam ganja di rumah memerlukan pendaftaran melalui aplikasi telefon pintar kerajaan, PlookGanja yang bermakna "tanam ganja".


Ujar Anutin, setakat ini lebih 300,000 orang telah mendaftar dengan aplikasi itu, yang mempunyai jutaan muat turun daripada orang yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai ganja.


Pihak berkuasa bagaimanapun tidak menggalakkan penggunaan bagi tujuan rekreasi manakala merokok ganja di tempat awam boleh membawa kepada hukuman penjara dan denda.


Laporan itu menambah, kompaun psikoaktif dalam ganja, tetrahydrocannabinol atau THC, dihadkan kepada 0.2 peratus dalam ekstrak ganja dan produk yang boleh dijual di Thailand, termasuk minyak dan manisan gula-gula.


Menurut jabatan pemulihan Thailand, 3,000 orang telah dibebaskan dari penjara selepas ditahan atas jenayah berkaitan ganja sejak undang-undang diubah minggu ini.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.