Kawasan pencarian lelaki hilang semasa menangkap ketam diperluas

Lokasi pencarian hari ini tertumpu dengan radius 2km dari lokasi mangsa (gambar sisipan dilaporkan hilang termasuk kawasan tebingan sungai dan parit. Gambar kredit BBP Batu Niah 

BATU NIAH—Kawasan pencarian seorang pekerja ladang sawit yang dilaporkan hilang semasa memasang bento ketam pada Selasa berhampiran Sungai Telong Niah diperluaskan dengan radius 2 kilometer pada hari ini.


Pemangku Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Zone 6 Miri Penguasa Kanan Bomba II Ahmad Nizam Sapaiee, berkata gerakan mencari dan menyelamat (SAR) itu bermula sekitar jam 9 pagi dengan menggunakan kaedah 'surface searching’.


Lokasi pencarian hari ini tertumpu dengan radius 2km dari lokasi mangsa (gambar sisipan dilaporkan hilang termasuk kawasan tebingan sungai dan parit. Gambar kredit BBP Batu Niah 


“Lokasi pencarian hari ini tertumpu dengan radius 2km dari lokasi mangsa dilaporkan hilang termasuk kawasan tebingan sungai dan parit.


Radius pencarian akan diperluaskan di sekitar Sungai Telong Suai Niah,” ujar Ahmad Nizam.


SAR yang memasuki hari kedua hari ini telah dibahagikan kepada lima kumpulan,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Kumpulan SAR seramai 55 orang ini terdiri daripada anggota Bomba dari Balai Batu Niah, dibantu anggota polis, polis marin, pekerja ladang dan orang awam. Gambar kredit BBP Batu Niah 


Kumpulan SAR seramai 55 orang ini terdiri daripada anggota Bomba dari Balai Batu Niah, dibantu anggota Polis , polis marin , pekerja ladang terbabit dan orang awam.


Setakat ini nasib mangsa Mohamad Sapie, 37, warga Indonesia yang bekerja sebagai mandur sebuah ladang sawit masih belum diketahui.


Dia telah dilaporkan hilang oleh penyelianya pada malam  Selasa (7 Jun) ,apabila gagal pulang ke kuarters pekerja selepas keluar memasang bento ketam di kawasan anak sungai tersebut yang hanya teletak kira-kira 200 kaki dari Sungai Telong.


Pada Rabu (8 Jun) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah telah dimaklumkan mengenai kejadian sekitar jam 1 petang berkenaan kehilangan mangsa.


Maklumat diperolehi daripada rakan dan penyelia mangsa yang turut berada di lokasi, beberapa barangan peribadi milik mangsa seperti sebuah motorsikal, beg pinggang, topi, parang dan sepasang kasut telah ditemui berhampiran kawasan tersebut.


Kali terakhir mangsa dilihat sebelum keluar memasang bento ketam sekitar jam 1 petang pada Selasa (7 Jun) dengan memakai baju kuning lengan panjang dan berseluar pendek berwarna hitam bergaris merah.

Next Post Previous Post