Isi biji Dabai sehebat Pistachio dapat jadi produk baru Sarawak, kata Uggah


KUCHING-- Isi dari dalam biji buah Dabai, sejenis buah bermusim di Sarawak, yang rasanya seakan-akan kacang Pistasio, boleh diangkat sebagai satu lagi produk asli dari negeri ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.


Katanya sebelum ini dabai hanya dikenali kerana keenakan isinya yang menjadi satu produk unik dari Sarawak, namun bijinya yang mengandungi isi yang boleh dimakan itu biasanya dibuang begitu sahaja.


"Isinya (dari dalam biji buah dabai) sebenarnya boleh dimakan, rasanya enak seperti kacang Pistasio, dan jika dimanfaatkan boleh menjadi inovasi yang dapat ditingkatkan lagi untuk menjadi satu lagi produk,” katanya kepada pemberita sewaktu meninjau Bazar Festival Gawai di sini malam ini.


Menurutnya bazar anjuran Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di perkarangan Dewan MBKS itu merupakan salah satu wadah untuk mempromosikan makanan asli orang Sarawak, selain memberi peluang kepada usahawan Dayak untuk menjana pendapatan dengan memperkenalkan produk keluaran mereka.


"Dengan mempersembahkan pelbagai kelainan dan keunikan, bazar ini juga boleh menarik minat ramai orang untuk datang, bukan sahaja orang tempatan malah orang luar dari Semenanjung dan pelancong luar negeri," tambahnya.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.