Gangguan kutu rayau di Sibu berakhir ala Filem Hindustan


Polis datang ke lokasi namun pengacau sudahpun beredar.


SIBU— Bagaikan cerita Hindustan, lapan termasuk seorang wanita kutu rayau yang melepak dan tidur di kaki lima tapak warisan bangunan lama Majlis Perbandaran Sibu (MPS) bertempiaran lari selepas diteriak oleh pemilik kedai berhampiran.


Dalam kejadian semalam, hanya tujuh daripada mereka sempat melarikan diri manakala seorang lagi hanya mampu berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang kerana mabuk.


Lokasi di tapak warisan yang digunakan oleh kutu rayau melepak dan tidur sebelum ini.


Sumber memberitahu Borneo Network, kumpulan kutu rayau yang menjadikan kawasan kaki lima di situ sebagai ‘port’ untuk melepak dan tidur sejak beberapa hari lalu sudah berpindah keluar.


Paling merisaukan pemilik kedai, mereka bermasak pada waktu malam sehingga menimbulkan kebimbangan kebakaran berlaku.


“Kami dimaklumkan oleh pengawal keselamatan di situ mereka turut merosakan panel kaca sehingga berlaku keretakan selain mengotorkan tempat tersebut dengan sampah sarap.


Komuniti peniaga telah membuat laporan kepada polis berhubung perkara itu, namun ketika polis datang mereka sudah melarikan diri,” katanya kepada Borneo Network.


Terdahulu anak kepada pemilik sederet lot kedai itu turut berjumpa dengan salah seorang kutu rayau yang mabuk untuk memintanya beredar dan tidak mengganggu ketenteraman orang awam.


Selain mengganggu ketenteraman orang awam, kehadiran kutu rayau itu turut mencemar imej kawasan tersebut.


Sepertimana pengkisahan dalam cerita Hindustan semenjak tahun 1950an, pekedai terlibat mendakwa polis datang selepas pengacau itu beredar.

Next Post Previous Post