Notification

×

Iklan

Iklan

Elaun warden sekolah berasrama dinaikkan, setelah 25 tahun tidak disemak

| Jun 24, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-06-24T08:54:52Z

KUALA LUMPUR—Setelah hampir 25 tahun kadar elaun warden sekolah berasrama di bawah selian Kementerian Pendidikan tidak disemak, hari ini kerajaan umum elaun tersebut dinaikkan sebanyak 25 peratus.


Menteri Pendidikan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata berkuat kuasa 1 Ogos, kadar baharu kepada ketua warden dinaikkan kepada RM350 sebulan, manakala bagi warden adalah sebanyak RM300 sebulan.


“Untuk makluman, kali terakhir kadar elaun warden asrama disemak adalah pada 1997,” kata Mohd Radzi menerusi video pengumuman yang dimuat naik di laman Facebook rasminya.


Selain itu, Mohd Radzi berkata seramai 3,813 warden baharu akan dilantik di 1,874 sekolah berasrama di bawah kementeriannya, dalam usaha memperkasakan portfolio mereka.


Katanya, peningkatan jumlah warden asrama sebanyak 63 peratus iaitu daripada 6,055 orang kepada 9,868 orang itu, akan membolehkan penggiliran tugas warden dapat dilaksanakan di semua sekolah berasrama KPM.


Tambahnya, kedua-dua penambahbaikan ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak hampir RM19 juta.


-- BERNAMA

×
Berita Terbaru Update