Dua lelaki cedera parah, kereta bertembung lori

Keadaan kereta Perodua Kancil yang dinaiki kedua-dua mangsa dalam kemalangan di Jalan Bintulu-Sebauh petang semalam. Gambar kredit Bomba Bintulu 

SEBAUH—Dua lelaki masing-masing berusia 27 dan 34 tahun cedera parah selepas kereta jenis Perodua Kancil yang dinaiki kedua mereka bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan di kawasan simpang Sebauh, Jalan Bintulu-Sebauh, petang semalam.


Borneo Network difahamkan semasa kejadian, kereta dinaiki dua rakan itu dikatakan dari arah Bintulu manakala lori yang dipandu seorang lelaki berusia 55 tahun itu dikatakan dari arah pekan Sebauh.


 


Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu mengesahkan pihaknya ada menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan yang berlaku pada jam 5.13 petang.


Sejurus menerima panggilan jelasnya, pasukan BBP Bintulu bergerak ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat mangsa.



"Sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati kedua-dua mangsa sudah dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke Hospital Bintulu untuk menerima rawatan lanjut," jelas Wan Kamarudin.


Pemandu lori berkenaan dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan.



Mujurlah jelas beliau kemalangan yang berlaku tidak mendatangkan kemalangan jiwa.


"Hasil pemeriksaan awal yang dijalankan mendapati kereta dinaiki kedua-dua  mangsa mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan," tambahnya.

Next Post Previous Post