‘Cium belakang’ gara-gara brek mengejut

Kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan Toyota Hilux di Jalan Peradom pagi tadi.


SIBU—Angkara seorang pemandu pacuan empat roda Toyota Hilux memberhentikan kenderaannya secara mengejut, menyebabkan seorang penunggang motosikal yang mengekorinya di belakangnya tidak sempat mengelak hingga berlaku kemalangan di Jalan Peradom pagi tadi.


Sumber memberitahu Borneo Network, dalam kejadian sekitar jam 10.30 pagi itu, penunggang yang merupakan seorang pemuda dalam perjalanan ke Sri Aman.



“Mujurlah penunggang yang berasal dari Bintulu itu menggunakan perlindungan dan hanya mengalami kecederaan pada bahagian lutut.


Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sibu menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut,” katanya.


Menurut mangsa, pemandu memberhentikan kenderaannya secara mengejut menyebabkan dia tidak sempat mengelak lalu melanggar belakang Hilux tersebut.


Kemalangan itu menyebabkan motosikal tersebut rosak manakala bahagian belakang Hilux dilaporkan kemek.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.