Chef Rugi RM 14,369 ditipu ‘LHDN’


KANOWIT—Seorang Chef Sunway Resort Hotel kerugian RM 14,369 selepas diperdaya individu yang menyamar dari Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN).


Ketua Polis Daearah Kanowit DSP Tega Bilong berkata, ketika berada dikediamannya di Taman Kanowit pada 4 Jun lalu lelaki berusia 51 tahun itu menerima satu panggilan  daripada LHDN Perak dan bercakap dengan seorang perempuan Melayu yang tidak dikenali. 


"Mangsa dimaklumkan mempunyai tunggakan cukai atas namanya, selain terlibat dengan penggubalan wang haram. 


"Mangsa telah diminta untuk menyerahkan maklumat perbankan berserta nombor pin kad bank bagi membuat siasatan dalaman dan maklumat perbankan  telah diberikan kepada pemanggil tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, mangsa sedar dirinya diperdaya selepas membuat semakan ke atas akaun HSBC bank dan mendapati terdapat dua kali transaksi online sebanyak RM14,369 yang dimasukan ke dalam satu akaun tidak dikenalpasti atas nama Muhammad Izzat  Zullkfaree menggunakan duit now.

 

"Mangsa kemudiannya membuat laporan polis, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan diserahkan kepada pihak Jabatan Jenayah Komersial Sibu untuk tindakan lanjut," ujarnya.


Dalam pada itu, Tega menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati agar tidak mudah menjadi mangsa penipuan pihak yang tidak bertanggungjawab melalui media sosial dan sebagainya.

Next Post Previous Post