BNN Indonesia lupus 308 kg dadah

Dadah yang dirampas itu boleh memenuhi permintaan 300,000 penagih. Gambar kredit Twitter BNN RI @InfoBNN


JAKARTA— Badan Narkotik Kebangsaan (BNN) Indonesia pada Khamis memusnahkan hampir 308 kilogram dadah jenis methamphetamine dan 29,482 pil ekstasi yang dirampas pada Mac dan Mei tahun ini.


Jumlah dadah yang dirampas itu hasil penahanan 13 suspek di Aceh, Medan, Jakarta Utara dan Tangerang Selatan, menurut agensi itu dalam satu kenyataan.



Ketua BNN Petrus Reinhard Golose berkata dadah yang dirampas itu boleh memenuhi permintaan 300,000 penagih, manakala permintaan untuk pil ekstasi iaitu Happy Five masih tinggi.


Oleh itu, pihak berkuasa menggalakkan masyarakat untuk terus bekerjasama memerangi dadah.


Majlis pelupusan dadah itu diadakan pada Khamis sempena Hari Antarabangsa Menentang Penyalahgunaan Dadah, juga dikenali sebagai Hari Dadah Sedunia, yang disambut pada 26 Jun setiap tahun.


-- BERNAMA

Next Post Previous Post