Berang ditegur ambil telefon bimbit, lelaki libas parang pada anak saudara

Suspek ditahan kerana disyaki mendatangkan kecederaan kepada anak saudara dalam kejadian di Long Teru, Tinjar. Gambar kredit Polis Marudi

MARUDI—Akibat dilibas bapa saudara sendiri menggunakan sebilah parang, seorang lelaki dari Sungai Tatan, Long Teru, Tinjar Baram terpaksa menerima empat jahitan pada lengan kirinya dalam satu kejadian pada awal pagi Rabu lalu (1 Jun).


Menurut Ketua Polis Daerah Marudi, DSP Mohd Ruslan Mat Kib, mangsa telah mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Long Lama.


Mangsa menerima empat jahitan selepas dilibas dengan parang oleh bapa saudaranya. Gambar kredit Polis Marudi


"Mangsa turut mengalami kecederaan pada bahagian leher," ujarnya.


Sebelum kejadian, mangsa berusia 32 tahun itu telah didatangi suspek di kediamannya yang bertindak hendak mengambil telefon bimbit milik mangsa.


Namun, tindakan suspek berusia 49 tahun itu telah ditegur ibu mangsa yang ketika itu turut berada di lokasi kejadian.


Berang setelah ditegur, suspek telah bertindak menendang wanita itu, sebelum melibas parang ke arah anak lelaki mangsa.


"Motif kejadian dipercayai kerana dendam lama," Ruslan berkata.


Kes disiasat dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.


Next Post Previous Post