-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Barang dijumpa, tetapi tuan tiada

| Jun 28, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-06-28T12:18:26Z
Seranton kali terakhir dilihat di pondok bas simpang Kampung Bukit Berayong. Gambar kredit Bomba

LIMBANG—Beberapa petunjuk sudah ditemui hari ini, namun pasukan mencari dan menyelamat (SAR)  masih gagal  mengesan wanita  warga emas yang dilaporkan hilang di hutan sejak empat hari lalu.


Mangsa, Seranton  Kuyan 84, dilaporkan hilang di hutan Bukit Berayong, kilometer 12 Jalan Kubong Sabtu lalu.


Gerakan SAR dilancarkan pada Ahad  untuk mengesan wanita  berkenaan yang tidak pulang ke rumah sebaik laporan polis dibuat ahli keluarganya yang bimbang dengan keselamatannya.


Barangan milik Seranton yang ditemui kira-kira 140 meter dari perhentian bas dia dilaporkan hilang. Gambar kredit Bomba


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang Chong Bui Chyan berkata bakul dan baju  dipercayai milik mangsa ditemui hari ketiga pencarian   jam 2.50 petang tadi oleh  anggotanya di lokasi sejauh  140 meter dari perhentian bas dia dilaporkan hilang.


"Susulan penemuan itu, kita  percaya mangsa masih berada di dalam  hutan dikawasan dia dilaporkan hilang,”katanya kepada Borneo Network hari ini.


Barangan milik Seranton yang ditemui kira-kira 140 meter dari perhentian bas dia dilaporkan hilang. Gambar kredit Bomba


Operasi SAR hari ketiga kata Chong bermula jam 8.10 pagi hari ini dan dibahagi kepada tiga kumpulan di lokasi  pencarian menyusuri sungai Berawan Buluh dalam  radius anggaran tiga  hingga empat kilometer di kawasan dia dilaporkan hilang.


"Seramai 41 orang anggota terlibat dalam SAR  termasuk Bomba, polis, Pasukan Gerakan Am, Angkatan Pertahanan Awam dan orang awam.


Pada Sabtu lalu Seranton  dikatakan keluar rumah pada sebelah pagi  dan kali terakhir dilihat di pondok bas simpang Kampung Bukit Berayong dengan memakai kain sarung berwarna coklat dan baju berwarna putih.

×
Berita Terbaru Update