Ajal terkena renjatan elektrik

Galah aluminium terkena pada kabel elektrik

MIRI—Seorang pemandu lori dari Kampung Keluru Jaya, Bekenu,maut selepas terkena renjatan elektrik ketika memasang antena televisyen di halaman rumahnya menggunakan galah aluminium selepas ia terkena pada kabel eletrik berdekatan, lewat petang tadi.


Dalam kejadian kira-kira pukul 3.45  petang itu, mangsa berusia 39 tahun, ditemukan terbaring tanpa sedarkan diri di halaman kediamanya.


Menurut Pemangku Ketua Jabatam Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Zon 6 Miri, Penguasa Kanan Bomba II Supt Ahmad Nizam Sapaiee, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.59 petang.


Beliau berkata, sepasukan enam anggota dan pegawai Bomba dari balai bomba Batu Niah dikerahkan bergegas ke lokasi kejadian.


"Pasukan keluaran operasi hanya memastikan keadaan terkawal kerana mangsa telah dihantar ke klinik kesihatan Bekenu oleh keluarga mangsa," ujar Ahmad Nizam.

Next Post Previous Post