Tiga kenderaan hampir musnah bengkel terbakar

Keadaan kenderaan yang hampir musnah dalam kebakaran membabitkan sebuah bengkel.

SARIBAS— Sekurang-kurangnya tiga kenderaan yang sedang dibaiki nyaris musnah dalam kebakaran membabitkan sebuah bengkel dekat sini hari ini.


Pegawai Operasi Balai Bomba Dan Penyelamat BBP Betong PBK1 Henry Jugah memberitahu pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam.



“Pasukan bomba tiba di lokasi kejadian dan mendapati dua buah kereta iaitu Perodua Kelisa dan Kancil terbakar masing-masing pada bahagian tepi pintu.


Manakala Toyota Vios yang ada disitu turut terjejas pada bahagian hadapan akibat daripada bahang api yang terbakar," katanya.



Tambahnya, kebakaran yang berlaku dalam bengkel milik penduduk kampung itu hampir memusnahkan kenderaan yang ada disitu.


“Mujurlah pemilik menyedari dan api berjaya dipadamkan sebelum pihak bomba tiba," ujarnya.


Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Next Post Previous Post