Pemuda libas ibu dengan parang

Suspek ditahan di tepi jalan di pekan Bekenu kerana melibas ibunya dengan parang. Gambar Polis Miri 


MIRI—Seorang pemuda dari sebuah rumah panjang di Sungai Tiris Bekenu seperti hilang akal apabila mengamuk sambil melibas sebilah parang berukuran 57cm ke arah ibunya dalam satu kejadian amuk pada pagi Selasa  lalu.


Mujur, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan kerana sempat melarikan diri.


Satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian.



Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, susulan menerima laporan kejadian, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)IPD Miri telah menaham suspek di tepi jalan di dalam pekan Bekenu pada hari yang sama.


"Tangkapan dilakukan sekitar jam 12.15 tengahari," ujarnya.


Turut ditemui dan dirampas semasa tangkapan ialah sebilah parang dipercayai telah digunakan dalam kejadian.


Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Next Post Previous Post