Thailand bakal buka klinik ‘Long-Covid’ di Bangkok

Gambar hiasan

BANGKOK—Thailand akan membuka perkhidmatan klinik ‘long COVID-19’ di Bangkok minggu depan bagi menyokong dan menyediakan rawatan untuk pesakit COVID-19 yang mengalami kesan jangka panjang. 

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Tetap Pentadbiran Bangkok (BMA), Khachit Chatchavanich berkata sembilan klinik COVID-19 akan dibuka di hospital mulai Isnin (9 Mei).

“Pesakit yang pulih daripada jangkitan COVID-19 selama lebih sebulan dan mengalami gejala berlarutan akan menerima rawatan yang menumpukan kepada pemantauan simptom mereka,” katanya.

Beliau berkata rawatan yang diberikan berdasarkan keutamaan.

Sembilan klinik itu akan dibuka di setiap hospital, sekali seminggu pada hari dan slot masa yang berbeza dan dikendalikan pengamal am, jururawat dan ahli terapi.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kebanyakan pesakit yang menghidap COVID-19 pulih sepenuhnya.

Bagaimanapun, bukti menunjukkan kira-kira 10 hingga 20 peratus orang mengalami pelbagai kesan sampingan untuk jangka masa sederhana dan panjang selepas pulih.

-- BERNAMA
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.