Polis Marin tahan lelaki, rampas tong berisi diesel tanpa permit
![]() |
Pegawai Unit Risikan Marin PPM Markas Kuching memeriksa kenderaan bermuatan diesel tanpa dokumen sah di Kuching semalam. Gambar PPM Wilayah 5 |
PPM Wilayah 5 dalam kenyataan memberitahu, semasa menjalankan operasi Unit Risikan Marin (URM) Markas Kuching telah menahan dan memeriksa seorang lelaki tempatan yang dalam keadaan mencurigakan.
![]() |
Diesel yang dirampas dan diserahkan kepada KPDNHEP. Gambar PPM Wilayah 5 |
"Pemeriksaan oleh pasukan PPM W5 mendapati beberapa tong dengan muatan minyak diesel diletakkan di bahagian belakang kenderaan.
“Hasil pemeriksaan mendapati pemandu kenderaan gagal mengemukakan permit khas iaitu surat kebenaran bertulis yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, tindakan berkenaan diambil terhadap lelaki itu berdasarkan siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,
Semua barang rampasan dan tangkapan diserah dan dirujuk kepada Pegawai Penyiasat KPDNHEP Kuching untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.