Tak siap susah, dah siap pun susah, jejambat Batu 10 jadi topik bualan netizen

Pembukaan Jejambat Batu 10, Padawan yang menjadi topik bualan ramai di media sosial Facebook terutamanya pengguna jalan raya yang sering mengguna laluan itu untuk ke Kuching dan kawasan sekitarnya. 


KUCHING—Pembukaan secara rasmi Jejambat Batu 10, Padawan di sini tetap menjadi topik bualan ramai di media sosial Facebook terutamanya pengguna jalan raya yang sering mengguna laluan itu untuk ke Kuching dan kawasan sekitarnya. 

Pelbagai pandangan dilontarkan netizen di ruang komen di halaman Sarawak Update yang menyiarkan berita berhubung pembukaan rasmi jejambat tersebut. 


Malah, ada yang memberi komen berbentuk sindiran kepada mereka yang memberi pandangan negatif berhubung jejambat berkenaan. 



"Buat salah, tak buat salah, lambat siap salah, sudah siap salah," komen salah seorang pengguna Facebook. 


Selain itu, terdapat juga pengguna media sosial memuji usaha kerajaan dalam mengurangkan kesesakan di laluan utama berkenaan. 


Antara komen yang menyambut baik pembukaan rasmi jejambat yang disempurnakan oleh Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof semalam seperti berikut:


"Alhamdulillah semoga dengan kemudahan yang ada dapat memberi keselesaan pada pengguna jalan raya". 


"Alhamdullillah...Jln batu 10 telah siap dgn sepenunya....Sekurangnya tiada yg ada jem terok lagi...Masalah menyebabkan jem ...Kita sendiri sebagai pengguna...Walaupun berapa tahun kita sebagai rakyat menanti ...Kita harap bersabar dgn kemajuaan dan pembangunan Swk". 


"Alhamdulillah btu 10 dah siap..nunggu btu 7 ngan btu 6 lagi..semoga dipercepatkan". 


Selain komen yang positif, jejambat itu turut mendapat pandangan yang negatif daripada pengguna media sosial. 


Antara: "Tiada ertinya jika jejambat bt 7 & bt 6 belum siap... kesesakkan yg amat teruk dijangka akan belaku  bermula dr bt 9 sampai ke bt 6". 


"Depan masjid kem perissen kenak sik polah jejambat juak oiii??? Ada ka highway tiba2 ada trafik light? Sia la jem paling terukkkkkk". 


"Dari bt10.. dari flyover ada 4 way... terus menuju ke bt9 area Cs jadi 3 way.. terus menuju ke bt8 2 way... tetap juak jem kaya di sia sbb kereta menyelit2 berimpit2 dari 4 way ke 2 way.... TETAP JUAK JAMMED.. dengan sekolah dekat Kem bt8 gik. Coba besar kan gik way di bt9 bt8 ya". 



Dalam pada itu, terdapat juga pengguna Facebook melontarkan cadangan seperti sistem pengangkutan awam di bandar yang perlu ditambah baik bagi mengurangkan kesesakan di laluan berkenaan terutamanya ketika waktu puncak. 


"Perkhidmatan pengangkutan awam bila nak. at least ada bus, tok kat downtown jak ada bus lepas dari downtown lalu sik ada bus sampai kenek tok". 


"Bayangkan dr bt10 ke bt 7 dah siap upgrade, hujung nya nun di bt3 n susur ke jalan keretapi n jalan rock..... Makin padat la.... Cadangan aku lah kalau lah yg di kuching central ya fly over nya di hala ke jalan airport. Dekat jalan airport lane nya besar n banyak susur keluar... Ya pandangan aku la tanpa kajian... Lain kali hasil kajian sidak JKR". 


Semalam, Fadillah memberitahu jejambat itu merupakan salah sebuah jejambat daripada sebahagian projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak di bawah jajaran Seksyen Jalan Kuching Serian.


Jelasnya, ia merupakan satu daripada tiga jajaran seksyen di bawah Pakej Kerja 02 dari Sematan ke Jalan Kuching-Serian. 


"Dengan pembukaan Jejambat Batu 10 ini, secara tidak langsung akan membantu memudahkan aliran trafik antara Kuching ke Padawan dan Siburan. 


"Projek ini juga menjadi pemangkin kepada pembangunan di sepanjang jajaran contohnya Puncak Borneo, Mambong, Landeh, Kampung Panchor, Tapah, dengan akses jalan raya yang lebih baik," katanya. 

Next Post Previous Post