Suami tetak leher isteri hingga mati sebelum kelar diri

 


BALAI RINGIN—Seorang lelaki warganegara Indonesia dipercayai bertindak menetak leher isterinya sehingga mati selepas pasangan terbabit dikatakan bergaduh malam tadi yang berlaku di Kampung Melikin di sini. 


Selepas menetak isterinya yang berusia 45 tahun, lelaki terbabit, 44, kemudiannya mengelar leher sendiri. 


Pasangan tersebut dipercayai berasal dari Indonesia dikatakan bergaduh dan kemudian si suami bertindak mengambil pisau dan menetak isterinya.


Difahamkan mayat pasangan terbabit telah dihantar ke bilik mayat Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat, tengah hari tadi.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serian DSP Aswandy Anis ketika dihubungi, memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan berhubung kes tersebut. 

Next Post Previous Post