SFC pasang perangkap, usaha cegah insiden serangan monyet


MATU-- Sarawak Forestry Corporation (SFC) tampil memasang perangkap bagi menjerat monyet yang menyerang penduduk di Kampung Tian di sini. 


Jurucakap SFC menerusi kenyataan di Facebook rasminya hari ini berkata, ia susulan daripada insiden serangan monyet yang berlaku di Kampung Tian, Matu beberapa hari yang lepas. 


 

"SFC telah mengadakan perbincangan dengan wakil penduduk tentang langkah-langkah pemantauan serta pencegahan bagi menghadapi isu serangan monyet.


"Pasukan renjer daripada SFC telah memasang sangkar corong untuk menangkap monyet-monyet di situ," katanya. 



Jelasnya lagi, monyet yang berjaya ditangkap akan di pindah ke Rajang Mangrove National Park. 


Katanya ia merupakan habitat asal monyet berkenaan yang terletak jauh daripada penempatan penduduk supaya ia tidak mengganggu ketenteraman awam.


"Perlu diingatkan bahawa monyet lazimnya akan masuk ke kawasan kediaman apabila kekurangan sumber makanan di habitatnya.  


"Namun, SFC bersimpati terhadap mangsa serangan monyet dan diharapkan insiden sebegini tidak berulang,"ujarnya.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.