Serba Dinamik kemuka pelan regularisasi


KUALA LUMPUR—Serba Dinamik Holdings Bhd sedang mengkaji untuk merangka pelan bagi melaraskan keadaan kewangannya dan ia perlu mengemukakannya dalam tempoh lapan bulan.  

Menerusi makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Serba Dinamik, syarikat perkhidmatan kejuruteraan itu berkata ia mempunyai masa kira-kira lapan bulan untuk mengemukakan pelan regularisasinya kepada pihak berkuasa berkaitan bagi mendapatkan kelulusan.

“Syarikat akan membuat pengumuman yang perlu mengenai Pelan Regularisasi mengikut keperluan di di bawah Nota Amalan 17,” katanya. 

Dalam makluman berasingan, Serba Dinamik mengumumkan “hasrat untuk menanganinya dalam tempoh ‘Closed Period’”, dan pengarah dan pemegang saham utamanya merancang untuk memperdagangkan waran dan saham syarikat. 

Antaranya adalah pengarah urusan kumpulan dan ketua pegawai eksekutif Datuk Mohd Abdul Karim Abdullah yang memegang 787.37 juta saham atau 21.22 peratus dan pengarah bukan bebas bukan eksekutif Serba Dinamik Datuk Abdul Kadier Sahib, dengan saham sebanyak 605.83 juta atau 16.33 peratus. 

-- BERNAMA
Next Post Previous Post