Remaja tembak mati 14 murid, seorang guru di Texas

Penyerang seorang lelaki berusia 18 tahun tiba-tiba mamasuki sekolah itu dan melepaskan tembakan. Gambar hiasan 

HOUSTON—Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah sekolah rendah di Uvalde, Texas Amerika Syarikat (AS) meragut nyawa 14 kanak-kanak dan seorang guru, kata Gabenor Texas, Greg Abbott dalam satu sidang akhbar.


Beliau berkata kejadian pada Selasa itu berlaku apabila penyerang seorang lelaki berusia 18 tahun tiba-tiba memasuki sekolah itu dan melepaskan tembakan.


Penyerang dikenal pasti sebagai Salvador Ramos dan polis telah membunuhnya, lapor Xinhua memetik ABC.


Dua daripada kanak-kanak yang ditembak disahkan meninggal dunia di Hospital Memorial Uvalde.


-- BERNAMA

Next Post Previous Post