‘Rambo’ Baram ditahan selepas tayang senapang patah buatan sendiri

Suspek ditahan kerana melakukan ugutan jenayah menggunakan senapang patah buatan sendiri. Gambar kredit Polis Marudi 

MARUDI—Tindakan seorang pemuda berlagak samseng sambil 'menayangkan' selaras senapang patah buatan sendiri di hadapan sebuah pondok pengawal kem balak di Ulu Baram, mengundang padah apabila dia ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Marudi DSP Mohd Ruslan Nat Kib berkata, turut ditahan adalah adik lelaki suspek.

“Tangkapan dilakukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Marudi pada tengahari semalam.

"Semasa tangkapan, kita turut menemukan dan merampas selaras senapang patah bersama lima butir peluru," jelas DSP Ruslan.

Tangkapan dilakukan selepas pihak polis dimaklumkan mengenai kejadian.

Dalam kejadian pada Ahad petang (8 Mei) lalu, suspek dilaporkan telah membawa selalras senapang patah bergerak ke hulu dan ke hilir dihadapan pondok pengawal bertujuan untuk menakutkan orang kampung.

"Kedua-dua suspek sedang ditahan di lokap Balai Polis Marudi untuk siasatan lanjut," Ruslan berkata.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.
Next Post Previous Post