Polis tahan lelaki selongkar bilik ibu, wang RM1,200 lesap


MIRI— Kerana wang, seorang lelaki sanggup menyelongkar bilik ibunya dalam kejadian di Kampung Muhibbah, Kuala Baram dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 7 pagi, wang mangsa berjumlah RM1,200 turut dilaporkan hilang disyaki dicuri oleh suspek.

Ketua Polis Daerah Miri ,ACP Alexson Naga Chabu berkata, tangkapan dilakukan kurang enam jam selepas dimaklumkan kejadian.

"Suspek berusia 34 tahun itu ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSK) Miri sekitar jam 1.30 petang," Alexson berkata.

Suspek telah dibawa ke lokap Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
Next Post Previous Post