Lelaki heret jiran ke luar pagar rumah kerana bising ditahan polis
Gambar Polis Miri |
Dalam kejadian sekitar jam 2 pagi itu, suspek,36, telah datang ke rumah mangsa dengan memanjat pagar rumahnya
Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, suspek dipercayai telah menolak mangsa berusia 31 tahun sebelum mengheretnya sehingga ke luar pagar rumahnya.
Susulan kejadian, suspek telah diberkas anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Miri sekitar jam 11.45 pagi tadi di Vista Perdana untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksye 323 dan 447 Kanun Keseksaan.